Wednesday 20 January 2016



Monday 7 April 2014

Red Velvet Tiramisu Brownies


Gambar kek tak dapat nak upload..ada prob kat laptop. Insyaalah..gambar akan di upload setelah laptop ok. Kalau nak tengok gambar dan cara assembly kek, boleh tengok kat my fesbuk note - Anita Lovely Cake House

RED VELVET TIRAMISU BROWNIES.

Bahan-bahan:

Red Velvet Brownies
● 125 gr tepung gandum
● 1/2 sudu kecil baking powder
● 1/3 sudu kecil garam
● 2 biji telur (saiz A)
● 56 gr coklat dark compound
● 113 gr butter unsalted
● 1 1/2 sudu kecil esen vanila
● 2 sudu besar koko powder
● 1 sudu besar pewarna merah
● 1 sudu kecil cuka epal

Tiramisu
● 4 biji telur
● 50 gr gula castor
● 1/2 sudu kecil esen vanila
● 225 gr mascarpone cheese
● 125 ml whipping cream
● 1/2 cawan cold - brewed coffee
● 85 gr biskut soft lady fingers
● koko powder for topping
● coklat shaves for topping

Cara-cara:

Red Velvet brownies.
1. Campurkan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan.
2. Di dalam bekas yang lain, mixer telur sehingga foamy. Ketepikan.
3. Didalam bekas tahan panas, cairkan butter dan coklat dark dengan teknik double boiler. Tutup api setelah cair. Sejukkan sekejab lalu masukkan gula, esen vanila, koko powder dan pewarna merah kedalam adunan butter dan coklat cair tadi. Mixer perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan juga cuka epal dan mixer lagi perlahan. Kemudian masukkan telur foamy tadi dan kacau secara kaup balik. Akhir sekali masukkan tepung, baking dan garam. Mixer perlahan. Jangan overmix.
4. Bakar dalam loyang saiz 8 inci, suhu 160 selama 30 minit (bergantung oven anda) - kenali oven anda ok.

Tiramisu
1. Didalam bekas tahan panas, masukkan kuning telur dan gula. Pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan secara double boiler. Sentiasa kacau sehingga menjadi pekat (5-7 minit). Tutup api dan sejukkan sebentar. Masukkan esen vanila dan mascarpone cheese. Mixer sebati hingga lembut. Ketepikan.
2. Didalam bekas lain, mixer whipping cream dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang berkali ganda.
3. Kemudian satukan kedua-dua adunan. Mixer sehingga sebati. Kemudian sejukkan adunan tiramisu dalam peti ais sekejab.

Cara assembly kek:

1. Bila red velvet dah masak, sejukkan dan keluarkan dari loyang. Buangkan bahagian tepi-tepi kek dengan pisau. Masukkan kertas baking kedalam loyang. Lebihkan kertas baking seperti dalam gambar. Kemudian masukkan kembali kek red velvet tadi kedalam loyang yang telah di lapisi dengan kertas.
2. Sapukan separuh aduanan cream tiramisu di permukaan kek red velvet.
3. Kemudian susun biskut lady fingers di permukaan krim hingga menutupi keseluruhan permukaannya.
4. Sapukan brewed coffee diatas lady fingers menggunakan pastry brush.
5. Akhir sekali sapukan lebihan krim tiramisu yang terakhir diatas permukaan hingga menutupi lady fingers.
6. Setelah ratakan cream, taburkan serbuk koko (gunakan penapis) dan coklat shaving sebagai hiasan.7. Masukkan loyang kek dalam peti ais sekurang2 nya 2 jam atau lebih baik lagi semalaman.
8. Semasa nak keluarkan kek dari loyang, angkat perlahan2 kertas baking..selamat mencuba!

Thursday 26 December 2013

Disney Princess Garden Royalty Cake


Disney Princess Garden Royalty Cake.
RM 160.
Dalam nya adalah kek Rainbow 6 layer dan di lapisi whipping krim. 






Moist Chocolate Cake with Fresh Strawberry.




Moist Chocolate Cake with Fresh Strawberry.
9 inci round / 2.5 kg.
RM 115.00








Moist Chocolate Cake - Fresh Strawberries.
Toppings & Fillings : Chocolate Ganache.
Saiz 8 inci round / 1.9 kg.
RM 100.00.




Tuesday 24 December 2013

RAINBOW CAKES





Rainbow Cake.
Fillings : 6 layer with Whipping Cream.
Deco : Buttercream.
Berat : 2.8 kg / 8 inci round.
Harga : RM 95.00

Saturday 21 December 2013


 
Copyright 2013 © Reserved to Anita Lovely Cakes Design By Cik Nurfarah